Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
OPERASI PEMANTAUAN & SEMAKAN LESEN
25 September 2025 I Tapak Pasar Malam Jalan Impian Emas 3 & 4, Taman Impian Emas
Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan Operasi Pemantauan dan Semakan Lesen Penjaja kali kedua di tapak pasar malam Jalan Impian Emas 3 & 4, Taman Impian Emas. Operasi ini dijalankan susulan daripada operasi pertama yang telah diadakan sebelum ini bagi memastikan tindakan berterusan diambil terhadap peniaga yang tidak mematuhi syarat pelesenan. Fokus utama operasi ini adalah semakan dan pengesahan lesen penjaja pasar malam, pemeriksaan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran serta pengesanan dan tindakan terhadap salah laku penggunaan lesen termasuk pemindahan lesen kepada pihak ketiga.
Hasil daripada operasi ini, 02 peniaga telah dikenakan notis kompaun atas kesalahan berniaga tanpa lesen yang sah. Operasi ini bertujuan memastikan setiap peniaga mematuhi syarat-syarat pelesenan, menjaga ketenteraman awam serta memastikan tapak pasar malam diurus dengan lebih teratur dan berlesen.



