Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MBIP 2025M/1447H
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menyambut Maulidur Rasul 1447H/2025M dengan penuh semangat membawa tema “Membangun Ummah Maju Johor”. Majlis dimulakan dengan perarakan yang diketuai oleh Datuk Bandar, disusuli dengan bacaan berzanji, persembahan qasidah dan ceramah yang penuh pengisian rohani oleh Ustaz Esby Islami bin Rifai, Pegawai Hal Ehwal Unit Istinbat, Jabatan Mufti Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat termasuk juri jemputan, warga kerja serta semua yang menjayakan program ini. Semoga sambutan ini dapat menguatkan lagi semangat kecintaan kepada Baginda Rasullah SAW serta memperkukuh ukhuwah dan membawa keberkatan dalam membangunkan ummah menuju Maju Johor.










