KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Oktober 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2025
2 Oktober 2025 I Amansari Hotel, Nusajaya

MBIP melalui Unit Integriti telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Integriti MBIP melibatkan seramai 35 orang peserta daripada pelbagai jabatan/ bahagian/ unit yang dikenal pasti mempunyai risiko tinggi terdedah kepada isu rasuah.
Sesi pengisian kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan daripada PPj Mohd Ridzuan bin Bahrin selaku Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Johor, Ps Salmiha binti Saidin, PPs Mohd Haffez bin Husaini, PPs Khalled bin Abd Mobin dari Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Johor.
Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuh budaya integriti dalam kalangan warga MBIP serta meningkatkan kefahaman mengenai pencegahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. MBIP komited untuk terus mengamalkan prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam setiap perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh semua peserta untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri