Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
PROGRAM SEMARAK SUBUH 2024
PROGRAM SEMARAK SUBUH 2024
Alhamdulillah Program Semarak Subuh minggu pertama pada pagi ini berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 500 jemaah di Masjid Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri.
Program ini merupakan inisiatif YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor menerusi Belanjawan 2024 di mana Kerajaan Negeri Johor melalui 56 DUN menganjurkan program SEMARAK SUBUH di mana Ahli-Ahli Yang Berhormat bersama Ketua-Ketua Jabatan yang beragama Islam menunaikan solat subuh berjemaah, tababbur Al-Quran dan menyantuni jemaah di masjid masing-masing.
Turut mengimarahkan Semarak Subuh pagi ini Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri; Yang Berhormat Dato’ Haji Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar, Ahli Majlis MBIP; Tok Penghulu dan kariah sekitar Iskandar Puteri.


