Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP BAGI PENEBANGAN DAN CANTASAN POKOK DI KAWASAN ISKANDAR PUTERI
Kerja-kerja penebangan dan cantasan pokok berisiko sedang giat dijalankan oleh Unit Tebang Cantas (UTC) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama kontraktor yang dilantik. Tindakan ini dilaksanakan berdasarkan aduan orang awam bagi mencegah sebarang insiden yang tidak diingini, khususnya melibatkan keselamatan pengguna jalan raya. Lokasi penyelenggaraan meliputi kawasan berikut:
Jalan Persiaran Jasa 2, Taman Mutiara Rini
Jalan Persisiran Perling 2
Jalan Indah 10/9, Taman Bukit Indah
Jalan Indah 19/5
Jalan Indah 25/10
Jalan Camar 6, Taman Perling
Jalan Pekaka 3, Taman Perling
Jalan Silat Sinding 6, Taman Selesa Jaya
Jalan NB2 11/1, Taman Nusa Bestari
Jalan Layang, Taman Perling
Jalan Ronggeng 19, Taman Nesa
Kerja penyelenggaraan ini menumpukan kepada kawasan awam seperti laluan utama dan perumahan bagi memastikan pokok berada dalam keadaan sihat, stabil dan tidak membahayakan orang awam. Jabatan Landskap MBIP kekal komited dalam mengekalkan keseimbangan antara kesihatan pokok dan keselamatan awam melalui penilaian risiko serta pemeriksaan berkala, demi memastikan kelestarian hijau di kawasan pentadbiran MBIP terus terpelihara.



