KALENDAR AKTIVITI

Takwim
November 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
PERHIMPUNAN PAGI MBIP
10 November 2025 | Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Perhimpunan Pagi yang dihadiri oleh seluruh warga kerja MBIP. Perhimpunan dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP yang menekankan hala tuju dan masa depan MBIP sebagai organisasi bandar raya yang progresif dan berdaya saing. Beliau turut mengharapkan agar sinergi positif antara jabatan terus diperkukuh bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat sentiasa cemerlang dan berimpak tinggi.
Turut diadakan Taklimat Integriti oleh Encik Koo Lik Chi, Penolong Pesuruhjaya merangkap Ketua Cawangan Penyiasatan Tatakelola, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi meningkatkan kefahaman warga kerja terhadap nilai integriti dan tatakelola baik dalam perkhidmatan awam. Majlis turut diserikan dengan Penyampaian Sumbangan Anugerah Anak-Anak Cemerlang Dalam Peperiksaan oleh YBhg. Datuk Bandar MBIP sebagai simbol penghargaan MBIP terhadap kecemerlangan akademik keluarga warga kerja.











PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri