KALENDAR AKTIVITI

Takwim
November 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
BENGKEL KOMUNITI DRAF RANCANGAN TEMPATAN ISKANDAR PUTERI (RTIP) 2035
Masa Depan Iskandar Puteri, Kita Rancang Bersama!

10 November 2025 | Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP

Komitmen dan semangat komuniti Iskandar Puteri memang luar biasa! Seramai 20 Penghulu, Ketua Kampung, wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT), dan organisasi bukan berasaskan keuntungan telah hadir ke Bengkel Komuniti sempena Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RTIP 2035 di Bangunan Temenggong Ibrahim semalam.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas penglibatan aktif semua!
Dalam sesi yang padat ini, para peserta bukan sahaja menerima Taklimat Komprehensif mengenai kandungan utama Draf Rancangan Tempatan, tetapi tumpuan istimewa turut diberikan kepada strategi pembangunan desa yang lestari.
Yang paling penting, bengkel ini menjadi platform perbincangan terbuka! Para pemimpin komuniti telah bersama-sama menyemak dan memperhalusi projek serta program yang dirancang. Input berharga anda sangat kritikal dalam mengupas spesifikasi reka bentuk dan model pengurusan bandar yang benar-benar diperlukan oleh komuniti desa.
Ingatlah: Bandar ini milik kita semua!
Teruskan penglibatan dan semangat merancang masa depan yang lebih cerah untuk Iskandar Puteri! Jom sama-sama merancang, sama-sama membina.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri