KALENDAR AKTIVITI

Takwim
November 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
SEMINAR KOMUNITI 2025 – KESEDARAN SDG DALAM KOMUNITI ISKANDAR PUTERI
11 November 2025 | Dewan Kencanapuri, Pulai Spring Resort

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan Seminar Komuniti – Kesedaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam Komuniti Iskandar Puteri bagi memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap agenda pembangunan mampan di peringkat tempatan.
Seminar ini mengetengahkan dua sesi utama yang membincangkan kepentingan SDG dalam membentuk komuniti lestari serta bagaimana komuniti boleh menjadi pemacu kepada pelaksanaan agenda kemampanan di Iskandar Puteri.
Melalui perkongsian yang interaktif dan padat dengan maklumat, peserta diberikan pendedahan tentang peranan masyarakat dalam menjayakan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah komuniti yang progresif, inklusif dan berdaya tahan.
Program ini juga menjadi platform penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara komuniti, agensi dan pihak MBIP dalam memastikan agenda SDG terus diterapkan dalam setiap aspek pembangunan bandaraya.
Pihak MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah, peserta dan rakan kolaborasi yang telah menjayakan seminar ini.
Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti Iskandar Puteri yang lestari, harmoni dan mampan.
Sama-sama kita jayakan komuniti mampan Iskandar Puteri!






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri