KALENDAR AKTIVITI

Takwim
November 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
MENYELUSURI PESONA JOHOR BERSAMA DELEGASI SAIL MALAYSIA PASSAGE TO LANGKAWI YACHT RALLY 2025 KE NEGERI JOHOR
12 November 2025 | Iskandar Puteri

Program Famtrip Delegasi Sail Malaysia Passage to Langkawi Yacht Rally 2025 ke Negeri Johor melalui kerjasama Tourism Johor bermula dengan penuh semangat di Marina Puteri Harbour, Iskandar Puteri, sebelum para pelayar berlayar menuju ke destinasi pertama — Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah.
Ketibaan delegasi di Kampung Sungai Melayu telah disambut mesra oleh Yang Berhormat Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar, bersama kepimpinan komuniti tempatan. Seramai 28 peserta antarabangsa menyertai program ini, terdiri daripada pelayar dan penggiat pelancongan dari Jepun, Australia, United Kingdom, Sweden, Perancis dan Belanda. Lawatan ini membuka tirai pengalaman unik buat mereka untuk menyelami gaya hidup komuniti nelayan tempatan, keindahan semula jadi paya bakau serta aktiviti eko-pelancongan yang menjadi tarikan utama kawasan ini.
Pendedahan ini bukan sahaja memperkenalkan warisan maritim Johor, malah menonjolkan komitmen negeri dalam memperkasa pelancongan lestari dan komuniti setempat, selaras dengan aspirasi Iskandar Puteri sebagai bandar maritim mampan.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri