KALENDAR AKTIVITI

Takwim
November 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
BENGKEL KOMUNITI DRAF RANCANGAN TEMPATAN ISKANDAR PUTERI (RTIP) 2035
Mahasiswa UTM Membawa Idea Baharu Merangka Masa Depan Iskandar Puteri!

Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan penuh semangat daripada mahasiswa Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terlibat dalam Bengkel Komuniti sempena Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RTIP 2035 pada 12 November 2025 di Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP.
Dari Kelas ke Lapangan: Mengupas Perancangan Bandar
Para peserta, yang merupakan bakal Jururancang Bandar dan Desa masa hadapan, telah diberi pendedahan secara praktikal mengenai cara:
• Menganalisis dan mengupas proses pembangunan (the making of) Draf RTIP 2035.
• Menyemak dan mencadangkan strategi penambahbaikan untuk pembangunan seluruh kawasan Iskandar Puteri.
• Berpeluang role play sebagai Pegawai Perancang, menggunakan Jilid 2 Draf RTIP 2035 untuk menghasilkan ulasan perancangan dan aktiviti perlesenan sebenar.
Pengalaman praktikal ini sangat berharga. Idea baharu daripada generasi muda adalah aset penting dalam memastikan perancangan kita bersifat lestari dan inklusif!
JANGAN TUNGGU LAGI! Tinggal 8 Hari Terakhir
Tinggal 8 hari sahaja lagi untuk anda mengemukakan Borang Maklum Balas rasmi ke atas Draf RTIP 2035. Sumbangan idea anda adalah kritikal dalam membentuk bandar yang kita cintai ini.
Teruskan penglibatan dan semangat merancang masa depan yang lebih cerah untuk Iskandar Puteri! Jom sama-sama merancang, sama-sama membina.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri