KALENDAR AKTIVITI

Takwim
November 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
FORUM “PALESTIN DI HATI” : SUARA KEMANUSIAAN, NADA PERJUANGAN
21 November 2025 | Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim

Doa, solidariti dan suara berkumpul di bawah satu bumbung — Forum “Palestin di Hati” membuka tirai Majestic Johor Festival X Karnival Iskandar Puteri 2025 @ Petronas Cub Prix sempena Hari Bandaraya 2025 dengan penuh keinsafan dan kekuatan ukhuwah.
Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP, barisan pengurusan tertinggi MBIP, serta dif-dif jemputan yang bersama menyatakan sokongan terhadap perjuangan kemanusiaan di Palestin.
Panel forum menampilkan barisan ilmuwan dan pendakwah yang disegani:
• Ustaz Azam Al-Kankari, Da’i (Moderator)
• SS Dato’ Haji Ahmad Faizal bin Mohamed, Timbalan Mufti Negeri Johor (Panel 1)
• Ustaz Muhammad Jazlan bin Abdullah, Pengarah Pusat Pendidikan Al-Amin (Panel 2)
• Prof. Madya Dr. Ahmad bin Che Yaacob, Pengarah Pusat Islam UTM (Panel 3)
Perbincangan ini tidak sekadar memperincikan realiti yang berlaku di Palestin, tetapi mencetuskan rasa empati yang menyeluruh melalui perkongsian, renungan dan persembahan khas oleh Zizi Kirana, Aktivis Sumud Flotilla yang menyentuh hati. Ia mengingatkan kita bahawa masyarakat majmuk seperti Iskandar Puteri tetap memikul tanggungjawab moral untuk terus menyokong perjuangan kemanusiaan global. Dengan sokongan penuh MBIP, forum ini menjadi momentum yang menyeru agar kesedaran ini diterjemahkan kepada tindakan dan doa yang berterusan.








PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri