KALENDAR AKTIVITI

Takwim
November 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DAN HADIAH PERTANDINGAN
22 November 2025 | Auditorium, Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah dan Hadiah bagi pelbagai pertandingan - menghargai usaha serta pencapaian para peserta dalam pelbagai kategori. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP; Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP; Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP. Turut hadir Ahli-Ahli Majlis; barisan pengarah jabatan serta warga kerja MBIP. YBhg. Datuk Bandar turut menyempurnakan sesi penyampaian hadiah Cabutan Bertuah Cukai Harta sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan sokongan para pembayar cukai.
Antara hadiah yang disampaikan termasuk sijil penghargaan, piala kemenangan, wang tunai serta hadiah-hadiah iringan sebagai pengiktirafan kepada para pemenang yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan masing-masing.
Anugerah Program Kelestarian Pendidikan LA21
Anugerah Kelestarian Bangunan
Anugerah Premis Makanan dan Tandas Awam Terbersih
Anugerah Jom Hijau
Pertandingan Jom Kompos
Pertandingan Pengumpulan Kitar Semula Terbanyak
Pertandingan Sekolah Perintis (Kreatif & Inovatif)
Pertandingan Poster Program Bridging the Digital Divide
Majlis ini berlangsung dengan meriah serta memberi peluang kepada para hadirin untuk menyaksikan pengiktirafan rasmi terhadap pencapaian para peserta. MBIP mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan amat menghargai kerjasama serta penyertaan semua pihak yang terlibat, menjadikan acara ini satu pengalaman bermakna serta memberi inspirasi kepada komuniti.















PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri