KALENDAR AKTIVITI

Takwim
November 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
WALKABOUT KE TAPAK KARNIVAL ISKANDAR PUTERI 2025
22 November 2025 | Dataran Laksamana, Bandar Medini, Iskandar Puteri

Sesi walkabout rasmi di tapak Majestic Johor Festival X Karnival Iskandar Puteri 2025 @ Petronas Cub Prix hari ini dihadiri oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), bersama Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP, Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP, Encik Tambi Omar bin Latif, Setiausaha Ahli Majlis, serta pengarah-pengarah jabatan dan kakitangan MBIP.
Lawatan ini merangkumi beberapa komponen utama karnival termasuk pameran booth PETRONAS, zon Food Fest, booth ‘Bridging the Digital Divide’, dan pameran agensi.
Setiap hentian bertujuan meninjau pengisian, kesiapsiagaan operasi dan kelancaran penyampaian kepada pengunjung. Kunjungan ini turut memastikan keseluruhan pelaksanaan karnival berada pada tahap terbaik, selari dengan komitmen MBIP dalam menyediakan pengalaman yang berkualiti dan bermanfaat kepada komuniti.
Suasana walkabout berlangsung lancar, profesional dan penuh semangat—menandakan usaha berterusan MBIP dalam menjayakan KIP 2025 secara menyeluruh.












PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri