Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
RANGKUMAN HARI KEDUA MAJESTIC JOHOR FESTIVAL X KARNIVAL ISKANDAR PUTERI 2025 @ Petronas Cub Prix
22 November 2025 | Dataran Laksamana, Bandar Medini, Iskandar Puteri
Hari kedua Karnival Iskandar Puteri 2025 berlangsung dengan meriah dan penuh keterujaan! Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti pameran PETRONAS, Food Fest, program digital interaktif, pertandingan e-sport, serta aksi adrenalin di Motorcross Track Day. Suasana ceria dan interaksi aktif di tapak karnival memastikan setiap peserta dapat bergembira, belajar dan mencipta pengalaman bermakna bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti setempat.
Sokongan padu komuniti Iskandar Puteri jelas terserlah, menjadikan hari kedua satu pengalaman yang menarik dan penuh warna. Terus nantikan hari terakhir karnival esok, dengan lebih banyak aktiviti, hiburan dan pengalaman interaktif yang pastinya tidak mahu dilepaskan. Bersiaplah untuk menutup KIP 2025 dengan kemeriahan yang lebih hebat!



