Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
RANGKUMAN HARI TERAKHIR : FOOD FEST KIP 2025
23 November 2025 | Dataran Laksamana, Bandar Medini, Iskandar Puteri
Food Fest KIP 2025 memasuki hari terakhir dengan suasana yang terus meriah dan dipenuhi aroma makanan daripada pelbagai pilihan vendor. Pengunjung hadir menikmati hidangan tempatan dan moden, sambil merasai sendiri kepelbagaian selera yang ditawarkan sepanjang karnival. Suasana santai namun ceria ini menjadikan Food Fest salah satu tarikan utama bagi semua lapisan masyarakat.
Dengan deretan pilihan makanan, minuman dan kudapan yang sentiasa segar, hari terakhir ini menjadi peluang terbaik untuk pengunjung menikmati pengalaman kulinari yang penuh variasi. Terima kasih kepada yang hadir memeriahkan Majestic Johor Festival X Karnival Iskandar Puteri 2025 @ Petronas Cub Prix tahun ini.




