Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI PERINGKAT MBIP TAHUN 2025
25 November 2025 | Auditorium, Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Integriti Peringkat MBIP Tahun 2025 sebagai salah satu inisiatif memperkukuh budaya integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Program ini telah dihadiri YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP; Yang Dihormati TPj. Hairuzam bin Mohmad Amin @ Hamim, Pengarah SPRM Negeri Johor; Tuan Sheikh Hamadi bin Sheikh Abd Hamid, Timbalan Pengarah SPRM dan Encik Tambi Omar bin Latip, Setiausaha Ahli Majlis. Turut hadir sama barisan Ahli Majlis MBIP, pengarah jabatan, , wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, wakil Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor, pihak berkepentingan serta warga kerja MBIP.
Majlis dimulakan dengan pelancaran Aplikasi ePerolehan MBIP oleh YBhg. Datuk Bandar MBIP, dan diteruskan dengan pendedahan melalui sesi taklimat dan ceramah daripada Yang Berusaha PPj. Ahmad Faizul bin Abdul Rashid, Timbalan Ketua Siasatan SPRM Negeri Johor yang bertajuk “Integriti Teras Perkhidmatan Cemerlang”. Ceramah diteruskan dengan tajuk “Realiti Cabaran Hari Ini” oleh Encik Kamal Affandi Hashim, Penganalisis Jenayah dan diakhiri dengan slot daripada wakil Bank Negara Malaysia, Johor Bahru yang membentangkan berkenaan “Amaran Scam: Kena Cakna Jangan Terkena”.
Program diakhiri dengan Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek Integriti MBIP yang dimenangi oleh Kumpulan JTM Production dari Jabatan Teknologi Maklumat bertajuk 'Gula-gula: Dari Manis ke Pahit'.
Semoga penganjuran ini terus menyemai nilai integriti sebagai budaya kerja utama warga MBIP, seiring visi mewujudkan tadbir urus yang berwibawa dan beramanah.





