Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
PERLAWANAN AKHIR & MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA YB MENTERI KPKT 2025
30 November 2025 | Dataran Iskandar Puteri
Alhamdulillah, telah berakhir saingan Kejohanan Bola Sepak MALA Piala YB Menteri KPKT 2025 yang berlangsung selama empat hari, bermula 27 hingga 30 November 2025.
Majlis penyampaian hadiah telah dihadiri oleh YB Dato' Haji Abd Hamid bin Hussin, Presiden MALA, YB Dato' Haji Rose Samsul bin Abdul Razak, Pengerusi Biro Sukan MALA serta YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP diiringi oleh Timbalan Setiausaha MBIP, Ahli-ahli Biro MALA, Pengarah-pengarah Jabatan dan Ahli Majlis.
Keputusan Akhir Kejohanan:
Juara: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT)
Naib Juara: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Tempat Ketiga: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Tempat Keempat: Majlis Perbandaran Kulim (MPKK)
Semoga kejohanan ini terus memupuk semangat kesukanan, mempererat perpaduan, dan mengukuhkan jaringan kerjasama antara PBT seluruh negara. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.



