Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
PENILAIAN ANUGERAH MiSHA ASIA EXCELLENCE AWARD ON OSH PRINCIPLE OF PREVENTION (OSHPoP) BAGI KATEGORI ENVIRONMENTAL MANAGEMENT 2025
28 November 2025 | Bilik Mesyuarat Firus, Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah dinilai secara atas talian bagi Anugerah MiSHA Asia Excellence Award on OSH Prevention (OSHPoP) yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP, dan turut dihadiri Puan Nurulain Binti Rahmat, Pengarah Kesihatan Awam, Pegawai-Pegawai MBIP serta barisan urusetia.
Sesi penilaian kali ini diketuai oleh En. Mohd Ekhsan bin Noor Kamal dan turut disertai panel pemerhati Malaysian Industrial Safety and Health Association (MiSHA).
Penilaian yang dilaksanakan adalah bertujuan bagi menilai pelaksanaan dan keberkesanan pihak MBIP dalam pengurusan alam sekitar yang diamalkan khususnya di bawah kawasan pentadbiran MBIP.
Penyertaan MBIP dalam anugerah ini mencerminkan usaha berterusan dan komitmen yang tulus daripada pihak MBIP bersama masyarakat sekitar dalam memperkukuh budaya mesra dan cakna alam sekitar yang dititikberatkan oleh pihak MBIP dalam menangani isu-isu berkaitan alam sekitar.



