KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Disember 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
PROGRAM PERHIMPUNAN HARI PEMBANTU TADBIR NEGERI JOHOR TAHUN 2025
30 November 2025 | Dewan Utama, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Program Perhimpunan Hari Pembantu Tadbir Negeri Johor Tahun 2025 anjuran CUEPACS Negeri Johor bersama ANULAE Cawangan MBIP telah menghimpunkan seramai 625 orang Pembantu Tadbir dari seluruh negeri Johor yang melibatkan penyertaan daripada kesatuan gabungan Pembantu Tadbir Malaysia ( GAPETA ).
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ab Razak bin Khalid, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Turut hadir Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS Malaysia, Yang Berusaha Tuan Haji Ezahar bin Haji Sairin, Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Tuan Haji S. Syed Alwi bin Suleiman, Pengerusi CUEPACS Negeri Johor dan Encik Anuar bin Mamat selaku Pengerusi Gabungan Kesatuan Pembantu Tadbir ( GAPETA ).
Dengan bertemakan “Transformasi Puncak Kecemerlangan Organisasi, Bersama Memacu Perkhidmatan Awam” skim Pembantu Tadbir memberikan peranan penting sebagai tulang belakang pentadbiran dan merupakan individu yang memastikan operasi organisasi berjalan teratur dan efisien. Mereka bukan sahaja melaksanakan kerja rutin pentadbiran, tetapi juga menjadi penghubung penting antara pengurusan, kakitangan dan pelanggan. Kecekapan mereka membantu meningkatkan profesionalisme dan imej organisasi.
Justeru itu CUEPACS membawa cadangan kepada kerajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar meningkatkan skim Pembantu Tadbir ini pada tahap yang lebih selesa.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri