Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
PROGRAM KITAR SEMULA PANDU LALU @ DRIVE TO SAVE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2025
29 November 2025 | Tempat Letak Kenderaan Awam, Wisma MBIP Skudai
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama rakan strategik, CBH Recycle (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menganjurkan Program Kitar Semula Pandu Lalu @ Drive To Save yang bertempat di Tempat Letak Kenderaan Awam, Wisma MBIP Skudai.
Melalui ini, sebanyak 2,626kg barangan kitar semula telah berjaya dikumpulkan yang terdiri daripada plastik, kertas, kadbod, besi, minyak masak terpakai, e-waste dan lain-lain lagi, sekaligus telah menyelamatkan 7,635.48ktCO2 faktor karbon.
Program ini diwujudkan sebagai satu alternatif kepada penyelesaian pembuangan sampah yang kini berleluasa di semua kawasan pentadbiran MBIP di mana komuniti hanya perlu menghantar barangan kitar semula secara pandu lalu menggunakan konsep Waste To Wealth (WTW). Melalui program ini juga, komuniti juga dapat mendidik diri dan keluarga terutamanya kanak-kanak untuk mengasingkan jenis-jenis sampah mengikut kategori.
Selain itu, program ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar dan mendidik komuniti tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil tindakan positif terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan masyarakat yang menyertai program ini bagi mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan memberi peluang untuk generasi akan datang menikmati bumi yang lebih sihat.
JOM KITAR SEMULA


