Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
AKTIVITI PLOGGING DAN PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
01 Disember 2025 | Pangsapuri Jalan Camar 12, Taman Perling
Aktiviti plogging telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 23 orang peserta, termasuk penduduk dan Puan Dalela Binti Sakiaman, Ahli Majlis Zon 23 : Sutera Utama. Aktiviti plogging ini memberi tumpuan kepada usaha pembersihan kawasan serta meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.
Sepanjang aktiviti ini, sebanyak 49kg sampah berjaya dikutip, dari hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat. Kawasan perumahan tersebut sebelum ini sering berdepan isu pembuangan sampah secara tidak teratur akibat sikap segelintir penduduk yang kurang bertanggungjawab.
MBIP berharap agar aktiviti seperti ini dapat memupuk rasa tanggungjawab bersama serta menggalakkan komuniti setempat untuk terus memainkan peranan aktif dalam menjaga kebersihan kawasan kediaman. Kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab bersama demi mewujudkan persekitaran yang bersih, selesa dan bebas pencemaran.

