Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
SESI LIBAT URUS KAJIAN HALA TUJU PENCAPAIAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (SDG CITY ROADMAP) BIL. 01/2025
02 Disember 2025 | Granada Hotel Johor BahruMajlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Sesi Libat Urus Kajian Hala Tuju Pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG City Roadmap) bagi menyelaras dan memperkukuhkan pelaksanaan agenda pembangunan mampan di kawasan Iskandar Puteri.
1. Sesi Pengenalan Status Kemampanan Semasa MBIP telah disampaikan oleh En. Safwan bin Shaari, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, yang memberikan gambaran keseluruhan mengenai kedudukan semasa serta pencapaian awal SDG MBIP.
2. Taklimat Malaysia SDG Cities & pembentangan SDG MBIP telah disampaikan oleh Dr. Azmizam bin Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif URBANICE Malaysia, merangkumi hala tuju strategik, kerangka pelaksanaan dan sokongan teknikal SDG di peringkat tempatan. Turut berkongsi En. Muhammad Syafiq bin Subri, Senior Eksekutif Lead SDG City, URBANICE Malaysia, yang memberi pengenalan dokumen serta proses kajian bagi penyediaan SDG City Roadmap MBIP.
Melalui sesi libat urus ini, MBIP komited memperkukuhkan kerjasama antara agensi, komuniti dan pihak berkepentingan dalam memastikan kemajuan pembangunan mampan yang menyeluruh, inklusif dan berdaya tahan.

