Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
PROGRAM FASILITI SELAMAT - TAMAN PERMAINAN
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Jabatan Landskap, dengan kerjasama Centre for Estate Studies (UTM CRES), telah menganjurkan program Taman Permainan – Fasiliti Selamat bagi meningkatkan kesedaran komuniti tentang aspek keselamatan di taman permainan.
Program merangkumi ceramah ringkas dan aktiviti permainan yang berlangsung di Taman Permainan Hutan Bandar MBIP, Mutiara Rini dengan penyertaan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2, kakitangan Jabatan Landskap serta komuniti setempat.
Penganjuran ini bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri dan taman permainan, khususnya untuk kanak-kanak yang merupakan pengguna utama kemudahan ini.
MBIP berharap agar kerjasama semua pihak dapat mewujudkan persekitaran rekreasi yang lebih selamat, inklusif dan mesra pengguna.

