Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
AKTIVITI PLOGGING DAN PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
08 Disember 2025 | Jalan Nusaria 3, Taman Nusantara, Gelang Patah
Aktiviti Plogging dan Jalan Angkat (PJA) telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 20 orang peserta, termasuk penduduk setempat dan Ahli Majlis Zon 9 : Gelang Patah, Encik Yusli Bin Yusof. Aktiviti plogging ini memberi tumpuan kepada usaha pembersihan kawasan serta meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.
Sepanjang aktiviti ini, sebanyak 44kg sampah berjaya dikutip dari hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat. MBIP berharap agar aktiviti seperti ini dapat memupuk rasa tanggungjawab bersama serta menggalakkan komuniti setempat untuk terus memainkan peranan aktif dalam menjaga kebersihan kawasan kediaman. Kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab bersama demi mewujudkan persekitaran yang bersih, selesa dan bebas pencemaran.

