Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR KEPADA PEKERJA PEMBERSIHAN SWM NEGERI JOHOR, CAWANGAN ISKANDAR PUTERI
09 Disember 2025 I Wisma MBIP
Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor berlangsung dengan penuh penghargaan kepada para pekerja pembersihan SWM Environment Cawangan Iskandar Puteri. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Seramai 213 orang pekerja am pembersihan awam dan sisa pepejal SWM di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menerima manfaat Bantuan Kasih Johor Fasa 2 berjumlah RM200 seorang. Bantuan ini merupakan sumbangan Kerajaan Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada para wira kebersihan.
Inisiatif ini bukan sahaja menyokong kesejahteraan pekerja barisan hadapan, malah memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran bandar yang bersih dan sejahtera. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penerima atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memastikan persekitaran negeri Johor kekal bersih, indah dan sejahtera. Teruskan sokongan terhadap program kebajikan dan kolaborasi strategik demi memastikan komuniti kita kekal makmur, harmoni dan berdaya maju.




