KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Disember 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
KURSUS ASAS “STRENGTH AND CONDITIONING”
8 – 9 Disember 2025 | Hutan Bandar MBIP, Mutiara Rini

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri melalui Bahagian Belia & Sukan, Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan Kursus Asas “Strength and Conditioning” iaitu pengenalan teori dan praktikal dalam kaedah menguji serta menilai tahap fizikal seseorang. Program ini juga memberi pendedahan teknik latihan asas dengan menggunakan peralatan gimnasium bagi memastikan latihan kecergasan dilaksanakan secara lebih selamat, berkesan dan terancang.
Sesi ini disampaikan oleh Dr. Syahrul Ridhwan bin Morazuki, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Encik Wan Mohd Khairulnizam bin Mohd Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Sesi diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan oleh YM Ungku Ahmad bin Ungku Haji Mohd Zakaria, Pengarah Pembangunan Masyarakat, MBIP kepada instruktor serta para peserta yang terlibat.
Semoga penganjuran program ini dapat memperkukuh ilmu dan kemahiran peserta sebagai salah satu usaha mempromosikan gaya hidup sihat dalam komuniti.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri