KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Disember 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
LATIHAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA BAGI TUJUAN PENSIJILAN ISO 14001:2015 SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (SPAS)
11 Disember 2025 l Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan Latihan tumpahan bahan kimia dengan kerjasama pengendali bertauliah yang telah dilantik oleh pihak MBIP.
Latihan ini telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesiapsiagaan pasukan dan memastikan tindakan kecemasan dapat dibuat dengan pantas, selamat dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). Latihan ini merangkumi kawalan kawasan, penggunaan Peralatan Perlindungan Diri (PPE), penggunaan spill kit, pembersihan terkawal, pelaporan dan kaedah pelupusan sisa yang betul selaras dengan ISO 14001:2015 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS).
Penglibatan aktif para peserta mencerminkan komitmen MBIP dalam memperkukuh budaya mesra alam sekitar, sejajar dengan kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri