KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Disember 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
MAJLIS PERASMIAN LUNA LIGHTS WONDERLAND DI HUTAN BANDAR MBIP
13 Disember 2025 | Hutan Bandar MBIP, Mutiara Rini

Suasana Hutan Bandar MBIP bertambah seri dengan perasmian Luna Lights Wonderland, sebuah tarikan cahaya yang berkonsepkan rekreasi keluarga. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, sekali gus menandakan pembukaan rasmi destinasi baharu yang berpotensi menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP; Encik Lim Soon Hai, Ahli Majlis Zon 18: Skudai Baru; serta Encik Azizul Jabar bin Ismail @ Abd Malek, Pengarah Landskap MBIP, barisan pengarah jabatan serta warga kerja MBIP.
Majlis perasmian disusuli dengan sesi walkabout bagi meninjau kemudahan dan tarikan yang disediakan. Penganjuran ini merupakan salah satu inisiatif tarikan pelancongan sempena Visit Johor 2026 di kawasan Iskandar Puteri, selaras dengan usaha MBIP memperkasa pembangunan bandar dan rekreasi berteraskan komuniti.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri