Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
PROGRAM KHATAN PERDANA ISKANDAR PUTERI SESI 2025/2026
21 Disember 2025
Program Khatan Perdana Iskandar Puteri sesi
pertama bagi tahun 2025/2026 telah dilaksanakan pada hari ini bertempat
di Sekolah Kebangsaan Gelang Patah.
Program ini
merupakan anjuran Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) dengan
kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Majlis ringkas
bagi meraikan para peserta telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan
Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar
Puteri merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Program
ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Seri
Norliza binti Abdul Rahim, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN), yang turut menaja simpanan Skim Simpanan Pendidikan
Nasional (SSPN) kepada para peserta khatan YPIP dengan jumlah
keseluruhan bernilai RM10,000.
Sebagai
kesinambungan program kebajikan ini, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri
akan melaksanakan Program Khatan Perdana YPIP di 10 lokasi dalam kawasan
pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bersempena musim cuti
persekolahan pada tahun 2025/2026, dengan sasaran penyertaan seramai
1,000 orang peserta.
Program ini mencerminkan
komitmen berterusan YPIP, MBIP dan PTPTN dalam memperkukuh agenda
kebajikan serta kesejahteraan masyarakat, khususnya golongan kanak-kanak
dan keluarga di Iskandar Puteri.




