Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
OPERASI MENURUN DAN MELUPUS STRUKTUR PAPAN TANDA / IKLAN TANPA KELULUSAN MAJLIS
19 Disember 2025 | Jalan Nusa Perintis dan Jalan Nusa Bayu
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan ke atas papan tanda dan iklan yang dipasang tanpa lesen sah di sekitar kawasan Jalan Nusa Perintis dan Jalan Nusa Bayu. Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan selaras dengan Undang-Undang Kecil 6(1), Undang-Undang Kecil Iklan (MDJBT) 1982 yang melarang pemasangan papan iklan tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
Operasi ini telah dilaksanakan dengan lancar, terkawal dan selamat oleh pasukan penguat kuasa MBIP. Pihak MBIP sentiasa komited dalam memastikan persekitaran bandar kekal teratur, bersih dan bebas daripada iklan haram demi kesejahteraan komuniti setempat.



