Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
AKTIVITI PLOGGING DAN PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
22 Disember 2025 | Jalan Pelepas 2/3, Tanjung Pelepas, Gelang Patah
Program
plogging dan Jalan Angkat (PJA) telah berjaya dilaksanakan dengan
penglibatan seramai 15 orang peserta termasuk penduduk asrama. Aktiviti
plogging ini memberi tumpuan kepada usaha pembersihan kawasan serta
meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan penjagaan alam
sekitar.
Sepanjang aktiviti ini, sebanyak 51kg
sampah berjaya dikutip dari hasil kerjasama dan komitmen semua pihak
yang terlibat. Kawasan asrama tersebut sebelum ini sering berdepan isu
pembuangan sampah secara tidak teratur akibat sikap segelintir penduduk
asrama yang kurang peka akan kebersihan persekitaran.
MBIP
berharap agar aktiviti seperti ini dapat memupuk rasa tanggungjawab
bersama serta menggalakkan komuniti setempat untuk terus memainkan
peranan aktif dalam menjaga kebersihan kawasan kediaman. Kebersihan
persekitaran adalah tanggungjawab bersama demi mewujudkan persekitaran
yang bersih, selesa dan bebas pencemaran.

