Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
LAWATAN KE PROJEK HOTSPOT BANJIR BERSAMA DATUK BANDAR
23 Disember 2025 | Batu 8½, Skudai
Satu lawatan tapak telah diadakan bersama YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Iskandar Puteri, Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha dan Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha ke projek tebatan banjir di Batu 8½, Skudai. Dalam lawatan ini, pihak kontraktor telah membentangkan status pelaksanaan projek yang kini mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 85%.
Pihak kontraktor telah diingatkan agar terus komited dan berdisiplin dalam menyiapkan baki kerja, dengan sasaran projek dapat disiapkan sepenuhnya sebelum akhir Disember 2025, selaras dengan perancangan yang telah ditetapkan.
Seperti yang ditegaskan oleh YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu bertindak proaktif, cekap dan tuntas dalam menangani isu banjir. Keselamatan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri amnya dan MBIP khususnya dan tindakan segera telah dilaksanakan di kawasan kritikal tanpa menunggu aduan.
Sehubungan itu, pelbagai langkah mitigasi sedang giat dilaksanakan termasuk kerja pembersihan longkang, penyahmendapan parit, pembaikan sistem saliran, pemasangan pam bergerak serta penambahbaikan infrastruktur perparitan mengikut keutamaan kawasan. Rondaan berkala turut dipertingkatkan bagi memastikan aliran air sentiasa terurus dan risiko limpahan dapat diminimumkan, khususnya ketika hujan lebat.
Insya-Allah, dengan kepimpinan yang jelas, perancangan teknikal yang menyeluruh serta kerjasama erat bersama komuniti, usaha menangani hotspot banjir akan terus diperkasakan demi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan mampan untuk seluruh warga Johor.
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi
YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor


