Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK OLEH DATUK BANDAR ISKANDAR PUTERI
31 Disember 2025 I Hab Komuniti Taman Bukit Indah
Satu lawatan pemantauan projek telah diadakan bersama YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bagi meninjau kemajuan projek pembangunan Hab Komuniti Bukit Indah.
Cadangan pembangunan Hab Komuniti ini dijangka menjadi pemangkin kepada penyediaan kemudahan awam yang lebih holistik, inklusif dan mesra komuniti, merangkumi aspek sosial, rekreasi serta pembangunan mampan selaras dengan aspirasi Bandar Iskandar Puteri.
Setakat ini, kemajuan kerja projek telah mencapai 3.81% dan pelaksanaannya adalah mengikut jadual yang ditetapkan. Perkara ini mencerminkan komitmen semua pihak terlibat dalam memastikan projek dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
Turut sama hadir dalam lawatan ini ialah Tuan Ir. Ts. Mohd Zamri bin Buang, Penolong Pengarah Jabatan Kejuruteraan bersama pasukan pihak perunding dan kontraktor bagi memberikan taklimat serta penjelasan berkaitan cadangan pelaksanaan projek.
Semoga pelaksanaan projek ini dapat memberi impak positif dan meningkatkan kualiti hidup penduduk sekitar Taman Bukit Indah.


