Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK DEWAN TAN SRI YAAKOB
31 Disember 2025 | Dewan Tan Sri Yaakob
Satu lawatan pemantauan projek telah diadakan bersama YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) selaku Pegawai Penguasa bagi menilai tahap kemajuan pelaksanaan projek di tapak.
Lawatan ini turut disertai oleh pasukan projek, Penolong Pengarah Bahagian Kemudahan Awam, serta pihak kontraktor. Dalam sesi tersebut, pihak kontraktor telah membentangkan laporan perkembangan semasa projek kepada pihak pengurusan MBIP.
Setakat ini, prestasi pelaksanaan projek adalah amat memberangsangkan, dengan perincian berikut:
• Kemajuan jadual: 18%
• Kemajuan sebenar: 28%
• Mendahului jadual: 10%
Projek ini melibatkan pembinaan sebuah Dewan MBIP yang merangkumi bangunan dewan utama, pondok pengawal, rumah sampah, rumah pam serta pencawang padat. Kemudahan ini dijangka menjadi hab komuniti yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Antara kerja utama yang telah dilaksanakan termasuk kerja struktur bangunan yang telah siap sepenuhnya, diikuti dengan pemasangan struktur bumbung serta kerja-kerja melepa dinding yang kini sedang giat dijalankan. Pihak MBIP berharap agar pihak kontraktor dapat terus mengekalkan momentum pelaksanaan projek dan menyiapkannya mengikut tempoh yang telah ditetapkan, bagi memastikan kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh komuniti setempat seperti yang dirancang.


