Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK OLEH DATUK BANDAR ISKANDAR PUTERI
31 Disember 2025 | Taman Perling
Satu lawatan pemantauan projek telah diadakan bersama YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Iskandar Puteri bagi meninjau perkembangan Projek Pembangunan Pembinaan Gerai Sementara di Jalan Camar, Taman Perling.
Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan serta mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, selain menitikberatkan aspek keselamatan dan kualiti kerja. Projek ini merupakan inisiatif Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bagi menyediakan kemudahan perniagaan yang lebih teratur dan selesa kepada para peniaga, di samping meningkatkan imej serta kesejahteraan kawasan setempat.
Turut hadir ialah Encik Mohamed Kamalruzaman bin Isa, Ahli Majlis Zon 24 Perling, Tuan Ir. Ts. Mohd Zamri bin Buang, Penolong Pengarah Kejuruteraan serta wakil pasukan perunding serta kontraktor yang terlibat.
Diharapkan projek ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat serta menyokong pembangunan ekonomi kecil di kawasan pentadbiran Iskandar Puteri.


