KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
MBIP PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PINTU MASUK PELANCONGAN JOHOR
01 Januari 2026 | Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menyokong pembukaan tirai Tahun Melawat Johor 2026 menerusi Sambutan Ketibaan Pelancong yang berlangsung di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour. Penganjuran ini mencerminkan komitmen MBIP dalam memperkukuh sektor pelancongan bandar serta memposisikan Iskandar Puteri sebagai pintu masuk strategik pelancong ke Negeri Johor.
Ketibaan para pelancong telah disambut oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP, bersama Puan Mazreena Mohd Yusuf, Timbalan Pengarah Bahagian Domestik & Acara, Tourism Malaysia Ibu Pejabat serta tetamu jemputan.
Melalui inisiatif ini, MBIP menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Johor dalam menawarkan pengalaman pelancongan yang menyeluruh merangkumi keindahan alam semula jadi, warisan budaya, kepelbagaian komuniti serta tarikan gastronomi sepanjang Tahun Melawat Johor 2026.







PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri