Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA PROGRAM JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
05 Januari 2026 | Jalan Melawati 17, Skudai
Aktiviti Plogging dan Jalan Angkat (PJA) telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 13 orang peserta, termasuk kehadiran Ahli Majlis Zon 18: Skudai Baru, Encik Lim Soon Hai. Aktiviti plogging ini memberi tumpuan kepada usaha pembersihan kawasan serta meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.
Sepanjang aktiviti ini, sebanyak 52kg sampah berjaya dikutip, dari hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat. Kawasan perumahan tersebut sebelum ini sering berdepan isu pembuangan sampah secara tidak teratur akibat sikap segelintir penduduk yang kurang bertanggungjawab.
MBIP berharap agar aktiviti seperti ini dapat memupuk rasa tanggungjawab bersama serta menggalakkan komuniti setempat untuk terus memainkan peranan aktif dalam menjaga kebersihan kawasan kediaman. Kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab bersama demi mewujudkan persekitaran yang bersih, selesa dan bebas pencemaran.

