Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
MBIP PANTAU ISU DEBU, KEBERSIHAN DAN WAKTU KERJA PROJEK PUSAT DATA
8 Januari 2025 | Taman Nusa Bayu
Lawatan pemantauan tapak kerja tanah bagi Projek Pusat Data yang telah diadakan melibatkan kepimpinan MBIP, YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP, Yang Berhormat Datuk Pandak bin Ahmad, ADUN Kota Iskandar, Ahli Majlis MBIP, wakil jabatan teknikal berkaitan, wakil pemaju serta wakil penduduk setempat bagi meninjau isu jalan berdebu, kebersihan kawasan dan pematuhan waktu kerja.
Antara perkara yang telah diputuskan dan perlu dilaksanakan oleh pihak pemaju ialah:
• Kawalan debu menggunakan lori water bowser
• Memastikan jalan awam sentiasa bersih
• Larangan parkir lori/jentera di bahu jalan
• Kerja tanah dihentikan sebelum jam 10.00 malam
• Pemasangan hoarding tambahan demi keselamatan dan kawalan persekitaran
MBIP akan terus memantau pelaksanaan tindakan bagi memastikan kesejahteraan penduduk sekitar sentiasa terpelihara.


