Eko dan Alam Sekitar > KAMPUNG SUNGAI MELAYU

Eko-Pelancongan Kampung Sungai Melayu merupakan sebuah permata tersembunyi di Gelang Patah, Johor, yang bukan sahaja menawarkan ketenangan dan keindahan alam semula jadi, malah turut menawarkan suasana kampung yang harmoni.


Rasai pengalaman menaiki bot menyusuri sungai bakau yang tenang dan mendamaikan dengan peluang untuk melihat pelbagai hidupan liar sepanjang perjalanan, di samping aktiviti menangkap ketam secara tradisional serta persinggahan di sangkar ternakan kupang.


Jom rasai sendiri keunikan di mana alam semula jadi, budaya tempatan dan keramahan penduduk bersatu untuk mencipta pengalaman pelancongan yang autentik dan bermakna.


Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati masakan tempatan di Restoran Sri Pantai Asam Pedas yang menyajikan asam pedas Johor dan hidangan makanan laut yang segar.


Waktu operasi boat tour:

Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat

(9.00 pagi hingga 4.30 petang)



JENIS TIKET HARGA TIKET WARGANEGERA BUKAN WARGANEGARA
Boat Tour Dewasa RM35.00 RM60.00
Kanak-Kanak
  • Umur 2 tahun hingga 5 tahun
  • Bawah 2 tahun tidak dibenarkan atas faktor keselamatan
RM18.00 RM35.00
River Cruise Dewasa RM45.00 RM60.00
Kanak-Kanak
  • Umur 2 tahun hingga 5 tahun
  • Bawah 2 tahun tidak dikenakan bayaran
RM22.00 RM35.00


Waktu operasi Restoran Sri Pantai Asam Pedas:

Dibuka setiap hari (11.00 a.m. hingga 10.00 p.m.)

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri