TUJUAN


Tujuan garis panduan ini diwujudkan adalah untuk membantu jabatan dalam menguruskan penubuhan dan perjalanan mesyuarat Mjalis Bersama Jabatan (MBJ) dengan tersusun agar selari dengan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.


LATARBELAKANG


Jentera perundingan dalam Perkhidmatan Awam di peringkat jabatan trlah pun diperkenalkan semenjak wujudnya Interim Joint Council pada tahun 1946 dan jentera perundingan Majlis Whitley Jabatan pada tahun 1950 (kini dikenali sebagai Majlis Bersama Jabatan). Sejajar dengan perkembangan dan perubahan Perkhidmatan Awam semenjak negara merdeka, MBJ yang merupakan salah sati platform dalam mekanisme hubungan majikan-pekerja Perkhidmatan Awam turut sama mengalami perubahan.


Tujuan utama MBJ diwujudkan adalah sebagai saluran dua (2) hala, di mana Pihak Pekerjadiberi ruang untuk berkomunikasi dengan Pihak Pegawai dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi berkenaan.


PENUBUHAN


MBJ perlu diwujudkan bagi setiap jabatan di mana Ketua Jabatan mempunyai kuasa membuat keputusan ke atas urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan. Ketua Jabatan hendaklah memastikan MBJ ditubuhkan di jabatannya. Ketua Jabatan di Agensi Induk pula perlu memastikan MBJ ditubuhkan di Agensi Induk dan jabatan di bawah seliaannya tertakluk kepada syarat penubuhan yang telah ditetapkan.


Walaubagaimanapun, MBJ tidak perlu ditubuhkan bagi jabatan pelaksana yang tidak mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan. Perwakilan daripada jabatan tersebut boleh menyertai mesyuarat sebagai ahli di MBJ ibu pejabat/Kementerian/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.


Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu (1) draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu sebagai garis panduan ataupun undang-undang kecil dan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kelulusan.

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri