MENU

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976
(PEMBERITAHUAN DIBAWAH SEKSYEN 127,129,137 DAN 163)

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 127,129,137 dan 163
Akta Kerajaan Tempatan 1976, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dengan
kelulusan Pihak Berkuasa Negeri telah pun bersetuju mengenakan kadar tahunan
atas kadar yang berbeza di atas "Nilai Tambah" bagi semua pegangan bercukai dan
ke atas bangunan-bangunan yang dikategorikan di bawah Seksyen 163 dipakai
dalam kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah untuk tahun 2015.

Kadaran ini berpandukan kepada jenis kegunaan peganggan dan kawasan terpakai
untuk seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
dengan kadaran yang berlainan seperti berikut :

  Pegangan Kadar Cukai Harta
i. Perumahan Komuniti Jenis A (RM 42,000) 0.17 %
ii. Perumahan Komuniti Jenis B (RM 80,000) 0.21 %
iii. Rumah Mampu Milik (Bawah RM 150,000) 0.13 %
iv. Perusahaan / Perindustrian 0.30 %
v. Perdagangan / Perniagaan 0.20 %
vi. Perumahan / Kediaman 0.13 %
vii. Pertanian 0.05 %
viii. Pertanian (Jalan Sungai Tiram Sahaja) 0.02 %
ix. Rizab Melayu (Kediaman) 0.10 %
     
Bertarikh 01 Januari 2015
(5)dlm.MPJBT(JPPH) 42/94Jld.2
 
 
   
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah