MENU

NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER BAYARAN
Adalah dimaklumkan bahawa Kaunter Bayaran MBIP di IbuPejabat, Skudai, Cawangan Taman Perling, Cawangan UTC Kotaraya@Galleria dan Kaunter Bergerak akan ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh Negara.
Walau bagaimanapun, bayaran Cukai Harta masih boleh dibuat secara atas talian (Perbankkan Internet) melalui Jompay, Maybank2U, Bank Simpanan Nasional (BSN), Pos Malaysia & E-Khidmat. Kaunter Bayaran akan beroperasi semula selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui emel kewangan@mbip.gov.my
Sekian, harap maklum.
Jabatan Kewangan
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri