LALUAN & WAKTU PERKHIDMATAN BAS MUAFAKAT JOHOR (BMJ) DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2023
Adakah anda tahu terdapat 7 laluan Bas di dalam kawasan lskandar Puteri yang memberi perkhidmatan secara PERCUMA kepada rakyat?
Perkhidmatan BMJ ini adalah ditaja sepenuhnya oleh MBIP dan dikawal selia oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor. la memberi fokus kepada kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan bas komersil, kawasan rumah mampu milik, perkampungan, pusat perdagangan kejiranan setempat dan pusat transit seperti Terminal Bas Taman Universiti dan Larkin Sentral. MBIP berharap inisiatif ini dapat meringankan kos sara hidup rakyat di samping menggalak perjalanan melalui pengangkutan awam.
Anda boleh muat turun peta laluan, butiran tempat perhentian dan waktu perkhidmatan melalui imbasan QR kod atau klik pautan https://link.mbip.gov .my/BMJ-IPuteri
JOM, merancang perjalanan anda dan naiki BMJ ke destinasi anda ! Sekian Terima Kasih.
Jabatan Perancangan Pembangunan, MBIP.
September 2023
#MenujuBandarayaPintarMampanDanSejahtera
#Majujohor
#PAJ
#MBIP
#BasPercuma
#BasMuafakatJohor
Muat turun di SINI.