Penilaian & Cukai Taksiran

BIL CUKAI HARTA


Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah melaksanakan perkhidmatan e-bill Cukai Harta bagi memudahkan pemilik harta untuk menyemak dan membuat pembayaran di atas talian melalui myCukai@MBIP dengan mendaftar di laman portal e-bill cukai harta. Sila layari portal (https://mycukai.mbip.gov.my) atau imbas Kod QR tersebut.


PENDAFTARAN SISTEM myCukai@MBIP


Bagi alamat surat-menyurat Bil Cukai Harta yang berbeza dengan alamat surat-menyurat anda, anda perlu melengkapkan Borang Pertukaran Alamat dan hantar ke Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Menara MBIP Medini bagi tindakan kemaskini alamat surat menyurat anda.


NOTIS JUALAN ATAU PINDAHMILIK (BORANG I & J)

Dimaklumkan bahawa di bawah Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindahmilik dan pembeli atau penerima pindahmilik dalam tempoh tiga (3) bulan memberi notis mengenainya kepada Pihak Berkuasa Tempatan melalui Borang I / J. Kegagalan berbuat demikian apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 2,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali.


Pendaftaran boleh dibuat melalui Borang I & J untuk membuat pertukaran pindahmilik pegangan / hartanah.











PENILAIAN & KADAR


Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 127, 129, 137 dan 163 oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri telah pun bersetuju mengenakan kadar tahunan mengikut "Nilai Tambah" bagi semua pegangan berkadar termasuk ke atas bangunan-bangunan yang dikategorikan di bawah Seksyen 163 terpakai untuk kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.


Kadar ini berpandukan kepada jenis kegunaan pegangan dan kegunaannya dan terpakai untuk seluruh kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan kadar yang berlainan seperti berikut berkuatkuasa 1 Januari 2024 :-


No

Jenis Pegangan

Kadar Cukai Harta

1

Perumahan

0.11%

2

Perumahan Rakyat

0.10%

3

Perumahan Rizab Melayu

0.05%

4

Kampung Tradisional

0.06%

5

Perdagangan

0.18%

6

Perdagangan – Servis Apartment

0.18%

7

Perindustrian

0.28%

8

Pelabuhan

0.30%

9

Pertanian

0.05%


CUKAI HARTA

Bil Cukai Harta dikeluarkan dan perlu dijelaskan dalam tempoh dua kali setahun seperti berikut :-


Penggal

Tempoh Bayaran

Setengah Tahun Pertama

1 Januari – 28 Februari

Setengah Tahun Kedua

1 Julai – 31 Ogos


Sekiranya bayaran bagi penggal semasa tidak dijelaskan mengikut tempoh yang ditetapkan, notis/denda cukai harta akan dikenakan mengikut kadar yang tertera seperti berikut :-


NOTIS DENDA & WARAN TAHANAN


Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan mengeluarkan Notis Tunggakan Cukai Harta (Borang E) mengikut Seksyen 147, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) sekiranya pembayaran belum dijelaskan mengikut penggal / tempoh yang ditetapkan. Jika pembayaran tidak dibuat dalam 15 hari dari notis diposkan/diserahkan, pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan mengeluarkan Waran Tahanan (Borang F) mengikut Seksyen 148 bagi menahan harta alih (sita) yang mempunyai nilai yang sama.


Notis

Caj

Notis (Borang E)

RM50 bagi tunggakan RM100.00 dan ke atas

Waran Tahanan (Borang F)

RM150 bagi tunggakan RM200.00 dan ke atas



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri