Info Iskandar Puteri

Kepesatan pembangunan di Metropolitan Johor Bahru memberi kesan secara langsung kepada kawasan Iskandar Puteri. Keluasan bagi kawasan sebelum perbandaran adalah 303.5 kilometer persegi. Manakala keluasan kawasan selepas perbandaran pula adalah 338.5 kilometer persegi.

Kriteria utama ini menjadikan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri berkemampuan dan berkeupayaan dalam menganjurkan perancangan pembangunan yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, pembangunan sosioekonomi, pembangunan pengindahan, pembangunan pelancongan dan pembangunan teknologi maklumat (IT).

Daerah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri adalah Skudai, Lima Kedai, Gelang Patah, Kangkar Pulai, Iskandar Puteri dan Ulu Choh dengan jumlah penduduk seramai 525, 351 orang.

Kini Majlis Bandaraya Iskandar Puteri memiliki segalanya. Perkembangan ini menjadikannya sebagai sebuah kawasan tumpuan masyarakat sama ada bagi tujuan penempatan mahu pun tempat untuk mencari rezeki.

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan berusaha lebih gigih bagi mencapai sebuah organisasi peneraju kemajuan berterusan selaras dengan kehendak pelanggan untuk menjadi penguasa yang berwibawa dalam mewujudkan perbandaran yang terancang, berbudaya, indah dan sejahtera. Semoga Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan mencapai kejayaan-kejayaan yang lebih besar di masa-masa akan datang.

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri