​ PERTANDINGAN PROGRAM KELESTARIAN PENDIDIKAN LA21 TAHUN 2025
Tarikh: 24/04/2025

​ PERTANDINGAN PROGRAM KELESTARIAN PENDIDIKAN LA21 TAHUN 2025

Program Kelestarian Pendidikan LA21 kembali lagi pada tahun 2025
Program ini terbuka kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Sebanyak 114 buah sekolah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama diberi peluang untuk menyertai program ini.
Oleh itu, pihak Jabatan Kesihatan Awam MBIP menganjurkan beberapa pertandingan untuk tahun 2025 antaranya ialah Pertandingan Program Kelestarian Pendidikan LA21, Pertandingan Premis Makanan & Tandas Awam Terbersih, Pertandingan Kitar Semula dan Pertandingan Kompos Peringkat MBIP. Penilaian bagi setiap kategori bakal dijalankan pada bulan Ogos hingga September 2025.
Sehubungan dengan itu, semua pihak sekolah adalah dijemput untuk menyertai program ini dengan mengesan kod QR yang tertera atau tekan pada pautan berkenaan :
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di talian 07-555 5159 / 07–555 5160.
TUNGGU APA LAGI
JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri