PEMBUKAAN GERAN KOMUNITI ISKANDAR RENDAH KARBON 6.0
Tarikh: 25/02/2026
PEMBUKAAN GERAN KOMUNITI ISKANDAR RENDAH KARBON 6.0
Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon kini kembali untuk tahun 2026 ! Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan SWM Environment komited untuk meningkatkan dan mengiktiraf usaha rendah karbon dalam kalangan Komuniti Iskandar Puteri.
Temui Jawatankuasa Teknikal bagi mendapatkan maklumbalas berhubung idea projek rendah karbon anda pada sesi berikut:
5 Mac 2026 (Khamis)
8.30 Pagi - 3.00 petang
Auditorium, Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Sesi Taklimat Pembukaan Geran IPRK 6.0, Pembentangan Geran 5.0 dan Penghargaan Geran IPRK 5.0
8.30 Pagi - 1.00 Petang
Konsultansi Geran IPRK 6.0
1.00 Petang - 3.00 Petang
Pameran Poster Geran IPRK 5.0
8.30 Pagi - 3.00 Petang
Turut bersiaran langsung di Facebook MBIP (https://www.facebook.com/mbipcitycouncil/)
Kami mengalu-alukan kertas cadangan permohonan bagi pelaksanaan inisiatif rendah karbon dalam kalangan komuniti. Berikut merupakan maklumat bagi penawaran geran
Bidang keutamaan:
Infrakstruktur Hijau dan Pintar
Pengurusan Sisa yang Mampan
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Ekosistem Digital Hijau
Ekonomi Kitaran
Fokus Projek merentas bidang keutamaan
Pertanian dan Sekuriti Makanan
Adaptasi dan Mitigasi Iklim
Pendidikan dan Kesedaran
Permohonan dibuka kepada semua pihak yang berminat untuk menjalankan projek rendah karbon dalam kawasan MBIP.
Permohonan Peruntukan geran RM5,000- 50,000.00/projek
Jumlah keseluruhan peruntukan geran sehingga RM 1,000,000.00
Layari pautan ini untuk maklumat lanjut: https://bit.ly/geranIPRK
.jpg)
.jpg)

.jpg)
