AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) DAN KEMPEN BANTERAS NYAMUK AEDES SEMPENA JOHOR BERSIH MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Tarikh: 07/02/2025
AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) DAN KEMPEN BANTERAS NYAMUK AEDES SEMPENA JOHOR BERSIH MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Ayuh
warga Johor sekalian, kita bersama sama menjalankan gaya hidup sihat
untuk menyuntik semangat dan menyemai kesedaran kepada orang awam
sambil menjaga kawasan persekitaran bandar Iskandar Puteri dengan
melakukan aktiviti plogging. Pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan
mengadakan program Plogging dan Jalan Angkat (PJA) seperti ketetapan berikut:-
Tarikh: 10 Februari 2025 | Isnin
Masa : 7.30 pagi hingga selesai
Tempat : Blok 67 - 73, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai
Aktiviti
plogging yang merupakan gabungan aktiviti jogging sambil mengutip
sampah menjadi sebahagian usaha Majlis dalam mewujudkan kerjasama dan
penglibatan semua pihak dan masyarakat.
Semoga
usaha ini dapat memberikan kesedaran masyarakat untuk menjaga kebersihan
serta menjadikan amalan gaya hidup sihat bersama. Dengan ini, bandar
Iskandar Puteri akan menjadi bersih dan harmoni.
JOM BANGSA JOHOR !!