AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA JOHOR BERSIH MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Tarikh: 20/01/2025
AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA JOHOR BERSIH MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Ayuh warga Johor sekalian, kita bersama-sama menjalankan gaya hidup sihat untuk menyuntik semangat dan menyemai kesedaran kepada orang awam sambil menjaga kawasan persekitaran bandar Iskandar Puteri dengan melakukan aktiviti plogging. Pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan mengadakan program Plogging dan Jalan Angkat (PJA) seperti ketetapan berikut:-
Aktiviti plogging yang merupakan gabungan aktiviti jogging sambil mengutip sampah menjadi sebahagian usaha Majlis dalam mewujudkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dan masyarakat.
Semoga usaha ini dapat memberikan kesedaran masyarakat untuk menjaga kebersihan serta menjadikan amalan gaya hidup sihat bersama. Dengan ini, bandar Iskandar Puteri akan menjadi bersih dan harmoni.
JOM BANGSA JOHOR !!
