JOM BAYAR LESEN!
Tarikh: 04/04/2025

JOM BAYAR LESEN!

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan mengadakan Program Jom Bayar Lesen di dua lokasi berikut:
1. Tarikh: 8 April 2025 (Selasa)
Masa: 4.00 Petang - 9.00 Malam
Tempat: Pasar Malam Jalan Medan Nusa Perintis, Taman Nusa Perintis

2. Tarikh: 10 April 2025 (Khamis)
Masa: 4.00 Petang - 9.00 Malam
Tempat: Pasar Malam Jalan Hang Lekir, Taman Skudai Baru

Semua peniaga diminta cakna dan peka dengan tempoh sah lesen perniagaan masing-masing. Pastikan lesen anda masih aktif dan jangan tunggu hingga tamat tempoh!
Ambil peluang ini untuk memperbaharui lesen perniagaan dengan mudah di lokasi yang telah disediakan. Elakkan tindakan undang-undang akibat lesen yang telah tamat tempoh.

Sebarkan makluman ini kepada rakan-rakan peniaga yang lain!



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri